Thursday, 23-11-2017, 2:13 AM
Site menu

Informers
[21-02-2016][sekolah]
Frog VLE SKSR for android Version (0)
[13-02-2016]
YesID (0)
[31-10-2015][sekolah]
Hari Kokurikulum & Hari Kanak-Kanak (0)
[10-10-2015][sekolah]
Hari Sukan Negara (0)
[19-09-2015][sekolah]
Lawatan Sambil Belajar Murid-Murid Lepas UPSR Ke Melaka (0)

Countdown

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0

Jumlah Pelawat
Free Global Counter

SEJARAH PERKEMBANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA

Memandangkan kepentingan ilmu pendidikan kepada masyarakat setempat, kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah dalam tahun 1885 di kawasan Sungai Rusa. Sekolah ini telah dinamakan Sekolah Umum Sungai Rusa, dan merupakan sekolah yang pertama didirikan di daerah ini.Bangunan ini mempunyai empat bilik darjah dan satu ruang untuk  "Rumah Guru”. Ketika awal penubuhannya hanya terdapat dua orang tenaga pengajar sahaja, Sementara bilangan murid dalam satu kelas ialah seramai 12 hingga 13 orang sahaja.

             Pada tahun 1934 bangunan sekolah yang dikhas untuk murid-murid perempuan telah diubahsuai menjadi bangunan yang lebih besar danmempunyai kawasan padang permainan yang lebihluas. Bilangan guru pada ketika itu telah meningkat kepada sepuluh orang manakala murid-muridnya terdiri daripada kanak-kanak yang datang daripadatigabuah mukim berdekatan iaituKampung Sungai Rusa, Kampung Permatang Pasir dan Kampung Sungai Pinang. 

            Pada tahun 1957 jumlah darjah meningkat kepada 12 kelas, manakala tenaga pengajarnya juga turut meningkat menjadi 14 orang. Oleh sebab ketiga-tiga bangunan yang ada hanya boleh menempatkan sebanyak sepuluh buah bilik darjah sahaja, maka dua darjah lagi terpaksa menumpang di Sekolah Agama Sungai Rusa. Pada tahun 1957, sekolah agama ini telah dinamakan sebagai Sekolah Umum Sungai Rusa. 

            Memandangkan bilangan pelajar semakin ramai pada akhir tahun 1962 sebuah lagi bangunan tambahan yang mempunyai 4 bilik  darjah telah didirikan. Dengan adanya bangunan tambahan ini pada tahun 1963 semua kanak-kanak di sekolah ini dapat belajar dalam satu sesi di sebelah pagi sahaja.

             Tahun demi tahun, budaya menuntut ilmu semakin menular. Untuk memastikan murid-murid dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa maka pada tahun 1994 sebuah lagi bangunan tiga tingkat telah didirikan di Padang permainan. Bangunan ini telah siap pembinaannya setahun kemudian. Pada masa itu jumlah murid telah mencecah keangka melebihi 400 orang.

             Kemuncak pencapaian cemerlang prestasi Peperiksaan UPSR ialah pada tahun 1995, apabila seramai 9 orang pelajar telah memperolehi 4A. Kejayaan ini turut mendapat penghargaan dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.

             Pentadbiran sekolah silih berganti, bermula pada tahun 2001 hadir lah Tuan Guru Besar yang mempunyai wawasan dan cita-cita tinggi untuk menaikan nama sekolah terutamanya di Daerah Barat Daya. Encik Mohd Saad binB akar, Guru Besar yang baru mendaftarkan diri telah melakukan pelbagai perubahan terhadap sekolah terutamanya dalam bidang Kurikulum di mana semenjak beliau berada di sekolah ini peratus pencapaian peperiksaan UPSR telah melonjak dari kebiasaan.

             Sebelum ini peratus pencapaian UPSR berada pada tahap di bawah 50 peratus tetapi dengan usaha pentadbiran yang baru dan guru-guru sekolah telah dapat melonjakkan pencapaian dari segi peratusan dan kemuncak kejayaan tersebut pada tahun 2003 peratus kelulusan sekolahm encapai 70 peratus kelulusan dan medapa tpenghargaan dari Jabatan Pelajaran Pulau Pinang.

             Harapan semua warga sekolah, masyarakat dan sesiapa yang pernah hadir di daerah SKSR ini, mengharapkan sekolah ini akan terus berdiri tegak sebagai sebuah institusi akademik yang bakal melahirkan anak-anak yang akan mengharumkan nama kawasanSungai Rusa ini amnya dan negara khasnya.

Login form


Calendar
«  November 2017  »
SuMoTuWeThFrSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930

Waktu Solat Penang

Entries archive

Our poll
Rate my site
Total of answers: 19

Mini Chat

Muzik



PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini
Hakcipta © 2012 SKSR Pulau Pinang
Website builderuCoz