Wednesday, 22-11-2017, 10:01 AM
Site menu

Informers
[21-02-2016][sekolah]
Frog VLE SKSR for android Version (0)
[13-02-2016]
YesID (0)
[31-10-2015][sekolah]
Hari Kokurikulum & Hari Kanak-Kanak (0)
[10-10-2015][sekolah]
Hari Sukan Negara (0)
[19-09-2015][sekolah]
Lawatan Sambil Belajar Murid-Murid Lepas UPSR Ke Melaka (0)

Countdown

Statistics

Total online: 1
Guests: 1
Users: 0

Jumlah Pelawat
Free Global Counter

PROGRAM SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA

1.0 PENDAHULUAN
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar merupakan satu program usahasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memelihara dan memulihara alam sekitar ke peringkat lestari agar generasi akan datang dapat menikmati alam sekitar yang kondusif dan bersih. 
Definisi lestari "Pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar; melalui alam sekitar dan untuk alam sekitar. 
Selaras dengan penganjuran Anugerah Sekolah Lestari pada kali ini, Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa (SKSR) berbesar hati dan ingin menggalas cabaran dengan menyertai pertandingan yang dianjurkan.

2.0 DEFINISI SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR
Membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni dari aspek pengurusan, penghijauan, kurikulum dan kokurikulum secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

3.0 MATLAMAT
Bagi memantapkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan warga sekolah agar lebih menghargai dan menyayangi alam sekitar serta menguruskan alam sekitar dengan lebih efisien untuk jangkamasa panjang.

4.0 OBJEKTIF
Sekolah Lestari dibentuk bagi mencapai objektif berikut:
a) memupuk nilai murni alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.
b) meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
c) menggalakkan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti mesra alam dengan lebih berkesan.
d) meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan dan penjagaan alam sekitar.
e) mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang lebih aktif serta dapat mempratikkan amalan hidup lestari.

5.0 VISI
” MENGAMALKAN BUDAYA LESTARI SEPANJANG MASA DAN BERTERUSAN”

6.0 MISI
Seluruh warga SKSR menzahirkan keprihatinan tentang pendidikan kelestarian alam sekitar melalui empat aspek berikut:
1) Pentadbiran dan pengurusan
2) Pelaksanaan PDP dalam dan luar bilik darjah
3) Aktiviti kokurikulum
4) Program Penghijauan

7.0 MOTO
" LIVE GREEN, THINK CLEAN, BE HEALTHY ”

8.0   TEMPAT   
      Kawasan persekitaran Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa.    

9.0   SASARAN
Seluruh warga sekolah, PIBG, masyarakat setempat, agensi kerajaan (GO), agensi bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

10.0 TARIKH
2013-2014

11.0 SUMBER KEWANGAN
a. Anugerah Sekolah Hijau dan Tandas Bersih (RM 7600.00)
b. PCG Panitia Mata Pelajaran KH & PS(RM 500 )
c. PIBG RM 2000
d. Tandas Bersih RM 1500
e. Penjualan Kitar Semula, Serai, Bakul & Key Chain RM 

12.0 JAWATANKUASA INDUK SLAAS
PENGERUSI    :  PN. HJH. HASNAH BT. A. HAMID
                          GURU BESAR SK SUNGAI RUSA
PENASIHAT   :  EN. MUHAMMAD RADHI B. SHARIFF HUSSAIN
                          YDP PIBG, SK SUNGAI RUSA
PELAPORAN :  EN. BATTIAR B. TAUSE
                           CIK FARHAH NABILAH BT YUSOF
     
PENYELARAS-PENYELARAS KOMPONEN
PENGURUSAN : PN. HJH. HASNAH BT. A.HAMID 
KURIKULUM           : PN. RAFIDAH BT. ABD. RAHMAN
PENGHIJAUAN    :       PN. SABARIAH BT. YAHYA 
KOKURIKULUM     : PN. NAZATUL 
13.0 KOMPONEN SEKOLAH LESTARI
13.1 Komponen Pengurusan
13.2 Komponen Penghijauan
13.3 Komponen Kurikulum 
13.4 Komponen Kokurikulum
       
14.0 PENUTUP
Menjadi harapan pihak sekolah agar program sekolah lestari yang dirancang dapat memenuhi matlamat, objektif, misi dan visi yang telah digariskan oleh pihak berkenaan. Seharusnya, program dan aktiviti yang telah dirangka dapat memberikan input terbaik kepada warga SKSR dan penduduk setempat sebagai satu pengalaman yang sangat berguna ke arah mencapai generasi lestari yang mampu mengubah kehidupan alam sekitar kita agar tidak pupus. Seterusnya, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berterusan juga mampu mengekalkan kehidupan flora dan fauna yang bukan sahaja untuk ditatap malahan dapat dirasai sentuhannya. Pelaksanaan SLAAS juga diharap mampu dijadikan peneraju kepada warga sekolah ini untuk terus menerokai keindahan alam sekitar dengan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan sebagai pewaris mahkota alam sekitar ciptaan Tuhan. Amin.


Login form


Calendar
«  November 2017  »
SuMoTuWeThFrSa
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930

Waktu Solat Penang

Entries archive

Our poll
Rate my site
Total of answers: 19

Mini Chat

Muzik



PENAFIAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini
Hakcipta © 2012 SKSR Pulau Pinang
Website builderuCoz